MusicPlaylist

Tuesday, May 5, 2009

pertanyaan? jawapan? kau? aku?

malam yang dingin terasa amat apabila ku jauh dari tanah ku sendiri.. tiada pengganti untuk semua itu, tiada kemanisan mampu menghilangkan rasa hambar jauh di hati ini..

cinta terlalu subjectif saat ini. bulan terus berputar namun hanya boleh dilihat sekali sekala. pepatah ibarat punguk rindukan bulan rupanya benar belaka.

kau mencari aku? kau rindukan aku?

minta maaf kerana menyakiti hati mu. bukan niat ku untuk melukan sesiapa. hanya ku turutkan kata hati ini. andai ku mampu menidakkan kata hati pasti aku tidak lemas dalam semua ini dari awal lagi.

takdir ku? takdir mu?

dimana rasional saat hati menciptakan seribu pertanyaan?

kau inginkan aku? aku inginkan kau?

kepura puraan menjadi benteng yang menahan kita dari terus jatuh. dari terus dicaci dan di hina di khalyak itu.

penerimaan itu satu dusta? pemberian itu suatu?

ikhlaskah kau? ikhlaskah aku?

cinta itu bukankah suatu kebahagian? tapi kenapa masih ada linangan airmata keperitan, kebencian dan kesedihan?

cinta itu buta? cinta tak mengenal sesiapa?

mengapa wujud sempadan dalam percintaan kalau semua itu cukup luas dan mampu dimiliki sesiapa?

kau tanya aku? aku tanya kau....

No comments:

Post a Comment